Watak protagonis Senarai_watak_One_Piece

Monkey D. Luffy

Watak protagonis dalam One Piece ialah sebahagian daripada Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates), sebuah kumpulan lanun yang terdiri daripada sembilan orang yang belayar dari East Blue ke Grand Line selepas mendengar tentang sebuah lagenda harta karun One Piece. Namun, semasa mencari harta karun itu, mereka bertembung dengan Kerajaan Dunia (World Government) yang mengganggu perjalanan mereka dan meletakkan ganjaran kepada sesiapa yang menangkap mereka. Asalnya ahli kumpulannya hanya terdiri daripada Monkey D. Luffy seorang, tetapi bilangan ahli kumpulan bertambah kepada sepuluh apabila cerita berjalan. Nama kapal pertama mereka ialah Going Merry; apabila ia rosak dan tidak boleh dibaiki, mereka mendapat kapal baru bernama Thousand Sunny. Tahap kekuatan mereka dalam teknik pertempuran amat tinggi dari orang biasa. Setiap ahli mempunyai ganjaran ke atas kepala mereka diturunkan oleh Kerajaan Dunia , dengan menggunakan mata wang Beri, pada masa ini jumlah keseluruhan ganjaran semua ahli ialah 3.123.000.100.'Beri.

Antara ahli-ahli dalam Lanun Topi Jerami:-

Monkey D. Luffy

Rencana utama: Monkey D. Luffy

Monkey D. Luffy, yang juga dikenali sebagai Budak Topi Jerami dan Budak Getah, ialah kapten Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates) dan watak utama One Piece. Dalam permulaan cerita, dia secara tidak sengaja makan Buah Getah (Inggeris:Gum-Gum Fruit Jepun:Gomu Gomu No Mi), sebuah Buah Devil yang menyebabkan badannya mempunyai ciri-ciri getah. Selain kebolehan buah devilnya, dia juga mempunyai kuasa tiga jenis Haki. Nilai ganjaran ialah 500,000,000 beri setelah menewaskan Doflamingo dari Shichibukai.Akibat menjatuhkan perniagaan Doflamingo, menyebabkan dia menjadi buruan salah satu Yonkou, yaitu Kaido.

Setelah menyelamatkan sanji dan keluarganya, mengacau di wilayah Yonkou Big Mom, dan mengalahkan 2 dari 3 komandan manis Yonko Big Mom, Bajak Laut Topi Jerami mendapat kenaikan harga buruan. Sekarang harga buruan Luffy adalah 1.500.000.000. Akibat dari insiden itu ia kini menjadi pusat perhatian bagi para Yonkou lain, Pemerintah Dunia, dan seluruh lautan.

Roronoa Zoro

Rencana utama: Roronoa Zoro

Roronoa Zoro, atau nama samaran "Pemburu Lanun" Zoro (Inggeris: "Pirate Hunter" Zoro, Jepun: Kaizoku-Gari no Zoro) ialah pemedang yang berlawan dengan tiga pedang, dengan memegang pedang ketiga di mulut. Untuk mengotakan janjinya kepada sahabat lamanya, Kuina, dia berhasrat untuk menjadi pemedang terhebat dunia dengan mengalahkan Dracule Mihawk. Zoro pernah menjadi pemburu lanun untuk menampung perbelanjaan hidup sebelum berjumpa dengan Luffy. Nilai ganjaran ialah 320,000,000 beri.

Nami

Rencana utama: Nami

Nami ialah jurumudi dan pencuri dalam Lanun Topi Jerami. Dia mempunyai kebolehan untuk mengesan dan menganalisa perubahan cuaca. Dia juga seorang penyelop saku yang licik. Impiannya ialah untuk melukis peta seluruh dunia. Dalam cerita, Nami berlawan menggunakan kayu unik yang boleh dibengkokkan. Nilai ganjaran ialah 66,000,000 beri.

Usopp

Rencana utama: Usopp

Usopp yang mempunyai samaran Dewa Usopp (Inggeris:God Usopp) ialah penembak dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang pembohong tetapi hampir kesemuanya menjadi kenyataan, pencipta berbakat dan pelukis yang berkebolehan. Senjata utamanya ialah lastik diberi nama Kuro Kabuto, yang dia gunakan untuk tembak menggunakan peluru pop green. Nilai ganjaran ialah 200,000,000 beri kerana gambar buruan digerunkan kerajaan dunia.

Sanji

Rencana utama: Sanji

Sanji ialah seorang chef dalam Lanun Topi Jerami. Dia tahu tentang bagaimana rasanya kelaparan daripada pengalamannya sendiri, jadi dia tidak akan menolak makanan yang diberi. Dia juga seorang yang sangat hormat terhadap wanita, baik kawan mahupun musuh. Impiannya ialah untuk mencari All Blue, sebuah laut lagenda, yang mempunyai semua spesies ikan di dalamnya. Sanji hanya menggunakan tendangan apabila berlawan. Dia memberitahu bahawa tangan seorang chef amat berharga dan tidak harus digunakan apabila berlawan. Nilai ganjaran ialah 177,000,000 beri. Gambar buruan mengguanakan gambar dirinya, bukan gambar lukisan yang digunakan sebelum ini. Sanji hanya boleh tangkap hidup-hidup oleh kerajaan dunia dan askar laut kerana ada sebab-sebab tertentu.Setelah insiden di Whole Cake Island, ia memiliki nilai buruan sebesar 330.000.000.

Tony Tony Chopper

Rencana utama: Tony Tony Chopper

Tony Tony Chopper ialah doktor dalam Lanun Topi Jerami. Dia ialah seekor rusa kutub dan bertemu dengan Luffy semasa Lanun Topi Jerami singgah di Drum untuk mencari doktor bagi menyelamatkan Nami. Dia telah memakan Buah Hito Hito (ヒトヒトの実, Hito Hito no Mi) yang menukar pemakannya menjadi orang. Nilai ganjaran ialah 100 beri.

Nico Robin

Rencana utama: Nico Robin

Nico Robin ialah ahli arkeologi dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang yang dikehendaki oleh Kerajaan Dunia sejak dia berumur 8 tahun. Robin telah memakan Buah Hana Hana (ハナハナの実) yang membolehkan mana-mana bahagian badannya tumbuh pada mana-mana benda hidup lain. Nilai ganjaran ialah 130,000,000 beri.

Franky

Rencana utama: Franky

Franky ialah seorang cyborg yang merupakan tukang kapal bagi Lanun Topi Jerami. Dua tahun kemudian, hampir seluruh badannya diubahsuai menjadi cyborg bersenjata canggih. Nilai ganjaran ialah 94,000,000 beri.

Brook

Brook seorang lanun dan juga pemuzik yang telah memakan Buah Yomi Yomi (ヨミヨミの実, Yomi Yomi no Mi), buah syaitan jenis Paramecia yang membolehkan pemakannya hidup semula setelah mati sekali dan rohnya tinggal pada jasadnya. Di samping itu, Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal. Dua tahun selepas Perang Terhebat, Brook telah berjaya mempelajari kuasa baru bagi Buah Yomi Yomi yang membolehkan rohnya meninggalkan jasad. Nilai ganjaran ialah 83,000,000 beri.


jinbei

Jinbe ( ジンベエ Jinbē? ) adalah seorang manusia ikan spesies jerung paus, bekas seorang Shichibukai dan kapten kedua kelompok lanun Matahari setelah Fisher Tiger . Gelar Shichibukainya dicabut karena menolak ikut serta dalam perang melawan Shirohige, serta secara terang-terangan membantu Monkey D. Luffy dan lanun Whitebeard. Namanya disebutkan pertama kali oleh Yosaku setelah Cerita Baratie Chapter 69 sebagai seorang Shichibukai, namun penampakannya baru muncul dalam Cerita Impel Down Chapter 528 sebagai Shichibukai terakhir yang diperkenalkan.Ia kemudian bersekutu dengan Luffy dan kru topi jerami melawan pemberontakan lanun Manusia Ikan Baru dan Vander Decken IX terhadap Kerajaan Ryugu. Jinbe bahkan diajak bergabung dengan kru topi jerami, namun menolak karena masih memiliki urusan yang belum selesai dengan Yonkou Big Mom . Menurut anggota kru lanun Manusia Ikan Baru, ia memiliki nilai buruan lebih dari 400.000.000.setelah kejadian di whole cake island dia telah menyertai laun topi jerami,ini menyebabkan dia menjadi ahli kesepuluh dalam lanun topi jerami,ia Itu setelah brook.